Saturday 18 February 2012

SUNNAH RASULULLAH

Di sebuah restoran mahal.. Seorang gadis bertudung makan seorang diri... tiba-tiba datang sekumpulan remaja duduk di meja sebelah.. Seorang gadis dari kumpulan itu berkata : "gadis kampung mana pulak datang restoran mahal camni pastu makan guna tangan pulak tu...ni mesti tak reti nak pakai sudu dan garfu kan.." Seorang anak muda pulak menyampuk: "ish...muka cantik..tapi makan sampai licin pinggan.....malu doh kalau aku jadi bf dia..kalau awek aku makan x sampai separuh pinggan..diet katakan..nak jaga badan...." Seorang lagi berkata : "eww..tengok tu...sampai menjilat jari dowh..geli aku...pengotor rupanya awek ni...".. Kemudian datang seorang lelaki yang tidak dikenali ke arah kumpulan remaja tu... Lelaki tu berkata: ~ Gadis bertudung itu makan guna tangan kerana ikut sunnah Rasulullah s.a.w. bukan kerana dia gadis kampung. ~ Gadis bertudung itu makan sampai licin kerana dia tak ikut nafsu untuk membazir, bukan kerana dia tidak malu. ~ Gadis bertudung itu makan sampai menjilat jari kerana ikut sunnah Rasulullah s.a.w, bukan kerana dia pengotor.

p/s : Rasulullah saw. bersabda yg bermaksud : “Sesiapa yg menghidupkan sunnahku, maka sesungguhnya ia telah mencintaiku, dan sesiapa yg mencintaiku, nescaya ia bersama-samaku di dalam syurga. :D

No comments:

Post a Comment